Klik saya juga :D

Wednesday 19 October 2011

Cara Memasukkan Soalan Berbentuk Data Norminal Dan Ordinal

Pasti anda dah faham kegunaan Variable View dan Data View.. so now mari kita mulakan key in soalan dari soalselidik anda ok..

Contoh borang soalselidik anda..

 soalan norminal


1. Sila lihat gambar di bawah. Di bawah kotak id, anda perlu memasukkan terlebih dahulu semua soalan yang berbentuk norminal satu persatu..
contohnya: Soalan 1 = Jantina
kotak no.1 = taip perkataan jantina
kotak no.2 = anda perlu pastikan decimals adalah 0
kotak no.3 = anda boleh gunakan Jantina Pekerja sebagai label
kotak no.4 = scale adalah norminal
bahagian yang terpenting yang perlu anda masukkan selepas ini adalah bahagian Values..
                                


2. Apabila anda klik dibahagian Values, akan keluar kotak kecil seperti di bawah..



3.Perhatikan soalan dari soalselidik anda.. soalan jantina mungkin mempunyai 2 atau 3 pilihan jawapan.. apa yang perlu anda buat adalah anda perlu masukkan setiap pilihan jawapan tersebut seperti di bawah ini.. contoh:
Value: 1                                                        Value: 2
Label: Lelaki              atau                           Label: Perempuan

begitulah seterusnya hingga habis semua soalan norminal..


4. Bagi soalan ordinal pula, caranya tetap sama.. dibawah kotak akhir soalan norminal, anda perlu memasukkan no. mewakili soalan ordinal anda.. contohnya B1 atau A1 atau apa sahaja bagi memudahkan semasa pengiraan kekerapan dibuat..



5. Seterusnya, anda perlu memasukkan pilihan jawapan seperti dalam borang soalselidik anda.. contohnya seperti dibawah.. AMARAN: berhati-hati bila key in pilihan jawapan. 1 anda salah akan mengakibatkan masalah besar semasa pengiraan dibuat.. dan anda terpaksa menyemak semula dari awal key in soalan ok.. so berhati-hati dibahagian Value

dan klik ok. :) .. masukkan semua soalan anda hingga habis.. GoodLuck!!

1 comment:

  1. alhamdulillah..ur blog really2 help..many thanks to u...:)

    ReplyDelete