Klik saya juga :D

Thursday 29 September 2011

Apakah Tujuan Rekabentuk Kajian Dibuat?

Rekabentuk kajian adalah bertujuan untuk membantu pengkaji dalam usaha mendapatkan maklumat dan perincian data-data supaya ianya menepati objektif kajian. Kaedah ini adalah berbentuk kaedah tinjauan (survey) dengan menggunakan teknik soal selidik bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Kajian berbentuk tinjauan mempunyai beberapa kelebihan seperti senang diuruskan dan menjimatkan masa.

Isi Kandungan BAB part 1

Perkara yang perlu ada dalam Tesis anda nanti.. kadangkala susun aturnya berbeza sedikit dengan rakan lain mengikut kehendak penyelia masing2.. Bab 1, 2 & 5 merupakan tunjang kepada tesis anda.

    BAB            PERKARA                                             MUKA SURAT


                        JUDUL                                                            i
                        AKUAN PENYELIA                                     ii
                        AKUAN PELAJAR                                       iii
                        PENGHARGAAN                                         iv
                        ABSTRAK                                                      v
                        ABSTRACT                                                   vi
                        KANDUNGAN                                              vii
                        SENARAI JADUAL                                     xii
                        SENARAI RAJAH                                       xiv
                        SENARAI CARTA                                       xv
                        SENARAI SINGKATAN                             xvi
                        SENARAI LAMPIRAN                              xvii     

    BAB I        PENGENALAN             
                                                                               
1.1              Pengenalan                                                                             
1.2              Pernyataan Masalah                                                            
1.3              Latar Belakang Tempat Kajian                                           
1.4              Matlamat Kajian                                                                 
1.5              Persoalan Kajian                                                                
1.6              Objektif Kajian                                                                 
1.7              Skop Kajian                                                                        
1.8              Limitasi Kajian                                                             
1.9              Kepentingan Kajian                                                     
1.9.1    Akademik                                                             
1.9.2    Organisasi                                                               
1.9.3    Pekerja               
                        1.10     Definisi Konseptual                                   

            1.11          Definisi Operasional

            1.12          Rumusan                                                                               
    
    BAB II        KAJIAN LITERATUR

                        2.1         Pengenalan
                        2.2         Nota Berkaitan Dengan  (Pembolehubah Bebas)
                        2.3         Nota Berkaitan Dengan Kajian 
                        2.4         Model
                        2.5         Nota Berkaitan Dengan  (Pembolehubah Terikat)                        
                        2.6         Nota Berkaitan Dengan Kajian 
                        2.7         Model
                        2.8         Kajian-kajian lepas
                        2.9         Kerangka kajian
                        2.10       Rumusan                                                       

Bolehkah student SpaceKL memohon Tesis di hantar ke PSZ KL?

Tidak semua student berpeluang untuk ke PSZ Skudai, tetapi jangan bersedih.. ada penyelesaian bagi masalah anda.

Jawapannya: BOLEH! Anda hanya perlu mengisi borang di PSZ KL untuk memohon tesis yang berada di PSZ JB tetapi terlebih dahulu anda perlu mendapatkan butiran mengenai tesis yang hendak dipinjam seperti:
  • Tajuk Tesis
  • Nama Penulis Tesis
  • Tahun Tesis Tersebut
  • Fakulti mana?
Maklumat di atas anda boleh diperolehi dari Portal PSZ ok..
Proses pesanan-kiriman dari PSZKL-PSZJB mengambil masa lebih dari seminggu dan biasanya hampir 3 minggu dan lebih.. Jadi buatlah pesanan awal ok.. GoodLuck! :D

Bagaimana untuk meminjam Tesis dari Perpustakaan?

Untuk makluman kawan-kawan FPPSM yang mengambil tesis semester ini, anda boleh mendapatkan rujukan tesis menerusi PSZ Skudai Johor, Pusat Sumber Falkulti FPPSM, PSZ KL dan dari perpustakaan2 di universiti-universiti yang terdapat di Malaysia.

Soalan biasa student tanya:
Bolehkah tesis itu dibawa keluar untuk tujuan fotostat atau untuk meminjamnya?
Jawapannya: TIDAK BOLEH. Hanya pensyarah sahaja yang dibenarkan meminjam. Jadi minta lah tolong daripada penyelia anda untuk meminjamnya. PASTI BOLEH. :D

Wednesday 28 September 2011

Hanya Logo HALAL JAKIM Sahaja!!


PUTRAJAYA: Mulai 1 Jan depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuatkuasa 1 Nov.

"Bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baru kerana selepas tarikh 1 Jan, logo halal sedia ada adalah terbatal.
"Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Tuesday 27 September 2011

Harga Emas Jatuh


Pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus

ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.

Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.
Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.

Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.

Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.

Cerita lanjut di SINI
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargaemasjatuhmendadak/Article

Maut kena 50 sengatan tebuan

JERTIH: “Saya sebak melihat arwah yang dalam keadaan lemah meminta air minuman sambil mengadu kepanasan,” kata Rakiah Ismail, 31, ibu kepada Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, 5, yang maut akibat disengat tebuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Tengku Hafizul yang cedera teruk di seluruh badan dengan kira-kira 50 kesan sengatan, termasuk 20 di kepala meninggal dunia di Hospital Besut selepas empat jam menahan derita.

Menurut Rakiah, arwah sempat meminta air daripadanya selepas diserang kumpulan tebuan itu.
“Ketika itu, arwah dalam keadaan lemah selain mengadu kepanasan sebelum dihantar jiran ke hospital untuk rawatan.

“Saya tak sangka arwah meninggal dunia kerana selepas disengat, dia masih sedar. Tetapi, sejam sebelum meninggal dunia pada jam 5 petang, tubuhnya menggigil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Rakiah berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama arwah dan anak bongsu, Tengku Hanizan Irfan, 2, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dengan menunggang motosikal selepas mengambil arwah yang bersekolah di Tadika Tanjung Demong kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

“Ketika itu arwah duduk di belakang manakala adiknya di bakul hadapan. Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, satu sarang tebuan yang melekat di dahan sebatang pokok gelam di tepi jalan, tiba-tiba jatuh menyebabkan tebuan berterbangan dari sarang dan menyerang kami.

“Sebaik disengat, saya memberhentikan motosikal sebelum kami lari menyelamatkan diri ke rumah jiran kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya.
Rakiah dan Tengku Hanizan turut disengat beberapa tebuan ketika melarikan diri.

Dia bagaimanapun bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius di kepala kerana memakai topi keledar selain sempat melilit kepala anak bongsunya dengan kain ketika kejadian.

Cerita lanjut di SINI
Rujukan: MYMETRO

Penyanyi Geli-geli


KUALA LUMPUR: “Sebaik selesai menyanyi, saya dan rakan diarah melayan tetamu dalam dua bilik berasingan.
“Kami terkejut diarah berbuat demikian lalu memberi alasan belum bersedia melayan tetamu kerana hanya mahu menyanyi di kelab seperti dijanjikan,” kata remaja mahu dikenali sebagai Anisa, 18, dan rakannya, Ana, 20-an, yang bukan sahaja ditawarkan bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam, tetapi turut dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO).
Anisa berkata, disebabkan ingkar arahan majikan, mereka dikurung dalam sebuah hotel hampir seminggu, namun dia bernasib baik kerana diselamatkan ibunya bersama jiran, kelmarin.

Sebelum itu, dia teruja menerima tawaran menjadi penyanyi di sebuah kelab malam terkenal di Subang Jaya seperti diiklankan kerana bergaji lumayan iaitu RM8,000 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, semua itu helah apabila dia dan Ana yang menerima tawaran itu bukan saja diarah menyanyi, tetapi turut dipaksa menjadi GRO.

Rujukan: METRO
http://www.hmetro.com.my/articles/Jerathalus/Article

Edisi Pengenalan

Hi semua..

Blog ini masih baru.. dan saya bercadang memenuhkan blog ini dengan pelbagai info dan tips yang berguna mengenai pelbagai tutorial seperti tutorial membuat blog, tutorial SPSS, koleksi kertas-kertas soalan UPSR, PMR dan SPM terkini dan pelbagai nota-nota belajar untuk pelajar sekolah, kolej ataupun pelajar Universiti.

Selain itu saya akan mengemaskini blog saya ini dengan info terkini mengenai tempat-tempat percutian di Malaysia dan info terkini mengenai komputer/notebook/netbook, accessories dan hand phone. Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai harga terkini, anda boleh meninggalkan pertanyaan di ruangan 'comment'.

Blog ini juga akan diupdate dengan berita-berita dari dalam negara dan luar negara terutama berita2 sensasi artis Malaysia k..

Jika sesiapa yang tidak berminat untuk membaca atau tidak suka dengan blog ini,  ada button X di atas untuk keluar dari blog ini. Terima kasih kerana singgah di sini.. Tetapi kepada yang berminat, sila kan.. kedatangan anda sangat dialu-alukan :)

AMARAN: Semua info TIDAK BOLEH di COPY & PASTE tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Terima kasih.