Klik saya juga :D

Sunday 16 October 2011

Kenali Variable View dan Data View Dalam Paparan SPSS

Dalam tutorial sebelum ini, anda telah diajar untuk menyediakan paparan seperti di bawah ini.. untuk makluman anda, paparan dibawah ini merupakan paparan dalam bentuk Variable View, sila lihat anak panah di bawah sekali.. Variable View digunakan untuk memasukkan semua soalan yang dinyatakan dalam borang soalselidik.


Data View hanya digunakan apabila semua soalan dari borang soalselidik siap dimasukkan di bahagian Variable View.

Apabila mendapat semula borang soalselidik dari responden, semua maklumat yang diterima di masukkan di bahagian Data View seperti di bawah ini.

Paparan di bawah menunjukkan:
Jantina responden 1 adalah Perempuan  : (1) Lelaki        (2) Perempuan
Bangsa responden 1 adalah Cina : (1) Melayu     (2) India      (3) Cina         (4) Lain-lain

klik image untuk lebih jelas

No comments:

Post a Comment