Klik saya juga :D

Wednesday 19 October 2011

Cara Memasukkan Soalan Berbentuk Data Norminal Dan Ordinal

Pasti anda dah faham kegunaan Variable View dan Data View.. so now mari kita mulakan key in soalan dari soalselidik anda ok..

Contoh borang soalselidik anda..

 soalan norminal


1. Sila lihat gambar di bawah. Di bawah kotak id, anda perlu memasukkan terlebih dahulu semua soalan yang berbentuk norminal satu persatu..
contohnya: Soalan 1 = Jantina
kotak no.1 = taip perkataan jantina
kotak no.2 = anda perlu pastikan decimals adalah 0
kotak no.3 = anda boleh gunakan Jantina Pekerja sebagai label
kotak no.4 = scale adalah norminal
bahagian yang terpenting yang perlu anda masukkan selepas ini adalah bahagian Values..
                                


2. Apabila anda klik dibahagian Values, akan keluar kotak kecil seperti di bawah..



3.Perhatikan soalan dari soalselidik anda.. soalan jantina mungkin mempunyai 2 atau 3 pilihan jawapan.. apa yang perlu anda buat adalah anda perlu masukkan setiap pilihan jawapan tersebut seperti di bawah ini.. contoh:
Value: 1                                                        Value: 2
Label: Lelaki              atau                           Label: Perempuan

begitulah seterusnya hingga habis semua soalan norminal..


4. Bagi soalan ordinal pula, caranya tetap sama.. dibawah kotak akhir soalan norminal, anda perlu memasukkan no. mewakili soalan ordinal anda.. contohnya B1 atau A1 atau apa sahaja bagi memudahkan semasa pengiraan kekerapan dibuat..



5. Seterusnya, anda perlu memasukkan pilihan jawapan seperti dalam borang soalselidik anda.. contohnya seperti dibawah.. AMARAN: berhati-hati bila key in pilihan jawapan. 1 anda salah akan mengakibatkan masalah besar semasa pengiraan dibuat.. dan anda terpaksa menyemak semula dari awal key in soalan ok.. so berhati-hati dibahagian Value

dan klik ok. :) .. masukkan semua soalan anda hingga habis.. GoodLuck!!

Sunday 16 October 2011

Kenali Variable View dan Data View Dalam Paparan SPSS

Dalam tutorial sebelum ini, anda telah diajar untuk menyediakan paparan seperti di bawah ini.. untuk makluman anda, paparan dibawah ini merupakan paparan dalam bentuk Variable View, sila lihat anak panah di bawah sekali.. Variable View digunakan untuk memasukkan semua soalan yang dinyatakan dalam borang soalselidik.


Data View hanya digunakan apabila semua soalan dari borang soalselidik siap dimasukkan di bahagian Variable View.

Apabila mendapat semula borang soalselidik dari responden, semua maklumat yang diterima di masukkan di bahagian Data View seperti di bawah ini.

Paparan di bawah menunjukkan:
Jantina responden 1 adalah Perempuan  : (1) Lelaki        (2) Perempuan
Bangsa responden 1 adalah Cina : (1) Melayu     (2) India      (3) Cina         (4) Lain-lain

klik image untuk lebih jelas

Friday 14 October 2011

Memulakan Paparan SPSS


1. Install perisian SPSS terlebih dahulu.. terdapat sedikit perbezaan cara yang terdapat dalam version SPSS yang lain.. Untuk memudahkan anda mengikuti tutorial ini, sila install perisian SPSS version 18 ok..

2. Untuk pertama kali mengisi data, sila klik ruangan Type in data seperti di bawah kemudian klik ok.



3. Paparan seperti dibawah ini akan keluar.



4. Double klik kotak kuning dibawah kotak Name dan taip perkataan  id .



 5. Kemudian klik kotak sebelah kotak id (bawah kotak Type) .. paparan akan menjadi seperti di bawah ini.

klik image utk lebih jelas

6. Anda boleh mula memasukkan data dari borang soalselidik anda. Syabas!

Tuesday 11 October 2011

Tajuk-tajuk Tesis

Hi rakan-rakan PSM..

Ada yang masih buntu mencari tajuk-tajuk tesis yang bersesuaian dengan pemahaman dan kehendak anda atau yang sesuai dengan kehendak penyelia? Di sini saya ada senaraikan beberapa contoh tajuk tesis yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk memberi idea kepada anda.. Good Luck!

  • Penyelesaian Masalah Pengeluaran Melalui Kaedah Six Sigma Di ABC Bhd.
  • Penerimaan Dan Penggunaan Perancangan Kewangan Di Kalangan Agen Insuran Di Malaysian Assurance Alliance (MAA) Cawangan Johor Bahru.
  • Hubungan Antara tingkah Laku Asertif Dan Komitmen terhadap Organisasi : Satu Kajian Kes Di Kalangan Pembantu Perawatan Kesihatan Di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
  • Keberkesanan Program Latihan Menunggang Motor Berkuasa Tinggi Bagi Anggota Pasukan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor.
  • Kajian Tentang Kecenderungan Kakitangan Sektor Awam Bekerja Sambilan Satu Kajian Di Jabatan Akauntan Negara, Negeri Johor
  • Kajian Perbandingan Faktor-Faktor Stres Dalam Kalangan Pekerja gred17 Dengan Gred 41 Di Pusat Islam Iskandar Johor
  • Mengkaji Tahap Kesedaran Terhadap Pengurusan Pengetahuan Dikalangan Lembaga Pertubuhan Peladang
  • Penilaian Kebolehan Inovatif dan Hubungannya Terhadap Pembentukan Strategi Firma.
  • Pengaruh Job Engagement Terhadap Prestasi Kerja Individu
  • Hubungan Antara Tekanan Kerja dengan Prestasi Kerja Dalam kalangan Operator Pengeluaran di B El Precision Sdn. Bhd. Di Permas jaya, Johor.
  • Hubungan Penghargaan Kendiri dengan Tekanan Kerja dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Pasir Gudang, Johor.
  • Kajian Perbandingan Faktor Tekanan Kerja Berdasarkan Demografi Di Kalangan Kakitangan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tampoi Dan Muar.
  • Tahap Kepuasan Kerja Pekerja di BM Nagano (M) Sdn. Bhd.
  • Kajian Terhadap Kegiatan Usahawan Di Kalangan Ibu Tunggal Di Negeri Selangor.
  • Tahap Penerimaan Teknologi Perbankan Internet Dalam Urusaniaga Di Kalangan Anggota Tentera Malaysia Kajian Di Kalangan Pegawai dan Lain-lain Pangkat Di Ibu Pejabat Pasukan Udara Tentera Darat Kuala Lumpur.
  • Tahap Keberkesanan Kerja Berpasukan dan Kepuasan Kerja Di Kalangan Pekerja Maroz Tailoring Sdn.Bhd.
  • Tahap Kepuasan Pelajar Di Pusat Tuisyen Tanjong Malim, Perak
  • Stress Di Dalam Penilaian Prestasi Di Kalangan Pekerja HSBC
  • Hubungan Diantara Penggunaan EMEL (Mel Elektronik) Dengan Tekanan Kerja Di Kalangan Pekerja Di Measat Broadcast Network System Sdn.BHd (ASTRO)
  • Komitmen Pekerja Terhadap Organisasai Dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Di Kalangan Pekerja Berjawatan Eksekutif Di Bahagian Pengurusan Risiko, Ibupejabat Maybank.
  • Hubungan Antara Tekanan Kerja & Kualiti Pengajaran Di Intitusi Pengajian Tinggi Swasta Di Malaysia Satu Kajian Di Sebuah IPTS Di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
  • Hubungan di Antara Kualiti Perkhidmatan Kaunter dengan Kepuasan Pelanggan Satu Kajian Kes Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Jalan Duta
  • Tahap Penerimaan Teknologi ATC (Anytime Communication) Didalam Hubungan Komunikasi Dikalangan Pekerja HOTO.
  • Acceptance Of GWIS Among Employees Of HSBC Cyberjaya
  • Tahap Penerimaan Teknologi Sisitem Sikap Di Kalangan Anggota PERKESO Zon Utara
  • Komitmen Kerja Berpasukan dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Di Kalangan Juru Audit, Bahagian Assurance, Di ERNST & Young, Kuala Lumpur.
  • Hubungan Antara Pemindahan Latihan Dengan Prestasi Kerja dari Persepsi Pekerja Di Kalangan Kakitangan Sokongan Gred N17 Di BPK, Ibu Pejabat KKM.
  • Hubungan Antara Pembelajaran Formal Dengan Kepuasan Kerja Di Kalangan Kakitangan Sokongan Kajian Kes Di Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota
  • Keberkesanan Latihan Asas Penguatkuasaan Ke Atas Pengetahuan dan Kemahiran Di Kalangan Pembantu Antidadah Gred S17 Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Pahang
  • Hubungan Antara Faktor Inidvidu dan Faktor Persekitaran Dengan Pemindahan Latihan Di Kalangan Pekerja Di KPPK, Malaysia
  • Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Persepsi Wanita Memilih Kerjaya Di Sektor Awam
  • Stress Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi Johor
  • Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja Di Kalangan Pembantu Tadbir (P/O) di JPJ Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
  • Tekanan Kerja di Kalangan Anggota Trafik Unit Peronda Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur
  • Amalan Gaya Kepimpinan Transformasi Di Kalangan Ketua- Ketua Unit Bank Simpanan Nasional, Negeri Johor
  • Gaya Komunikasi Pegawai Atasan dan Hubungan Dengan Kepuasan Komunikasi Kakitangan Bawahan dalam Organisasi
  • Hubungkait Di Antara Pengurusan tekanan Dengan Prestasi Kerja Di Kalangan Pegawai Dan Kakitangan Kementarian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
  • Perubahan Budaya Kerja Dalam Membangunkan Sumber Manusia Di Kalangan Kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
  • Benefits of ISO 14001:2004 And Their Relationship With Environmental Performance In EGA recycling Sdn. Bhd.